Facebook sebelum ini telahpun mengumumkan akan membawakan antaramuka baru, Timeline kepada orang ramai selepas acara F8 mereka hampir sebulan yang lalu. Walaubagaimanapun, nampaknya Facebook Timeline sehingga kini masih lagi tidak kelihatan kecuali bagi mereka yang telah mendaftar sebagai developer atau mengikut cara-cara yang kami terangkan:
Cara-cara mendapatkan Facebook Timeline
Facebook Timeline dikatakan dijadualkan untuk pengujian secara beta bermula 30 September dan telah ditangguhkan ke 6 Oktober. Tetapi selepas tarikh tersebut, tiada sebarang pengumuman atau berita berkenaan Facebook Timline. Adakah ia akan digunakan atau mungkin Facebook akan mengubah strategi mereka? Sama-sama kita nantikan.